
mizahanis
5 tahun
Bengkak lutut kanak-kanak
Saya ada seorang anak perempuan berusia 6 thn mengalami masalah bengkak d lutut dan ada kalanya lutut nya berasa panas.kebiasaanya mengalami kesakitan slma smggu.Ada masanya turut mengalami demam.die pernah masuk wad slma 5 ari,diberi antibiotik dan kesakitan nya beransur hilang dan dibenarkan keluar wad.apa yg merisaukan saya sakit yg sama masih berulang2 slpas beberapa bulan.sy ingin tau apa punca dan bagaimana untuk merawat penyakit ini.

6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan berlakunya hal demikian.Antaranya ialah:
Septic Arthritis - disebabkan oleh jangkitan kuman
Keradangan tendon - Tendon merupakan tisu yang bersambung daripada tulang kepada otot. Mereka yang terlibat dengan sukan seperti larian, berbasikal dan melompat biasanya akan memberikan tekanan yang lebih kepada tendon tersebut.
Henoch-Schonlein Purpura - adalah suatu penyakit peradangan pembuluh darah pada kulit, sendi, usus, dan ginjal yang dapat menimbulkan ruam berwarna merah atau ungu pada kulit.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.