
Anonymous
4 tahun
Bengkak pada leher kiri
saya mengalami bengkak pada lher kiri. benjolan nya kecil tetapi rasa sakit sedikit. pada leher pula mcm ada satu urat kebawah yg sy tekan rasa sakit. kenapa ya doc. hari ini hari kedua.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang anda hadapi. Bengkak pada kalenjar boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan pada telinga atau struktur sekitar leher
- Benjolan dari kalenjar limfa yang bengkak
- Benjolan lemak
- Benjolan tisu fiber
- Nanah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.