Sulit
3 tahun
Benjolan belakang leher
Sy perempuan dan soalan sy kpd dktor. Sy ada benjolan belakang leher. Benjolan tu dh lama , almost 2years. Mmg dh lama perasan. Sebelum ni tak sakit, tp sekarang dh sakit. And kadang2 makin membengkak dan mengecut. Tp xkisah besar or kecil benjolan tu still sakit. Kalau nak tunduk or nk toleh ke kiri@kanan mesti sakit sangat. And kalau kena scarf pun sakit… Boleh sy tau benjolan tu bahaya atau tak?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kista
- Lipoma
- Bisul
- Carbuncle
Namun, doktor perlu memeriksa benjolan ini untuk mengetahui sifatnya kerana punca yang disebutkan di atas mempunyai sifat yang berlainan. Jika anda perasan ia sudah bertambah besar dan bertambah sakit, anda disarankan untuk mengunjungi ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.