Sulit
3 tahun
Benjolan di atas dada kanan
Dr saya nak tanya atas dada sebelah kanan ada benjolan macam ketulan berdekatan dgn payudara saya rasa mcm tulang kenapa dr
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Breast cyst
- Fibroadenoma
- Jangkitan payudara (mastitis)
- Phyllodes tumor
- Kanser payudara
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sila hubungi atau jumpa doktor dengan segera sekiranya anda mempunyai gejala ini:
- Demam
- Sakit dada atau payudara
- Sesak nafas
- Hilang selera makan
- Berat badan menurun tanpa sebab
- Terdapat nanah atau darah yang keluar dari payudara
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.