
Sulit
4 tahun
Benjolan di atas pusat perut
Saya seorang lelaki berusia 17, terdapat satu benjolan di atas pusat berbentuk oval memanjang ke atas. Ia bermula apabila saya melakukan workout. Tiada rasa sakit sama sekali. Saya telah melakukan pemeriksaan ultrasound di sebuah klinik dan doktor mengatakan ia adalah otot dan bukannya usus atau sebagainya. Saya masih kurang faham dan apa yang perlu saya lakukan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera dan selamat petang. Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu bonjolan diatas pusat perut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, anda telahpun melakukan pemeriksaan bersama dengan doktor. Pihak kami percaya masalah ini telahpun dikenalpasti dan telah diperiksa secara teliti melalui ujian terpilih.
Untuk makluman anda, bonjolan pada bahagian perut/abdomen boleh berlaku pada lelaki ataupun wanita bergantung kepada masalah yang dihadapi, seperti :
- Crohn disease (masalah keradangan didalam sistem penghadaman)
- Abdominal Aortic aneurysm (Pembesaran saluran darah pada abdomen)
- Pancreatic Abscess (Nanah dalam pankreas)
- Diverticulitis (Keradangan dan jangkitan kuman)
- Hernia (angin pasang)
Sekiranya masalah dibawah berlaku, anda disarankan untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya :
- Sakit yang melampau
- Demam
- Muntah
- Cirit Birit
- Bonjolan membesar
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda