maisarahnurul0803
5 tahun
Benjolan di punggung yang sakit
Saya remaja 16 tahun dan saya mengalami benjolan di punggung yang sakit apabila duduk. Dan benjolannya tidak kelihatan. Seperti dri dalam. Hanya hujungnyayag kelihatan. Ia terletak di punggung sebelah kiri
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Abses/Bisul (Nanah akibat jangkitan kuman pada kulit)
- Folliculitis (Jangkitan follikel kulit)
- Lebam akibat trauma
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































