Tanya Doktor: Benjolan dibahagian punggung


Sulit Pesakit 16 hari

assalamualaikum , saya wanita berumur 18 tahun . saya mempunyai masalah kesihatan iaitu ada benjolan seperti bende keras kecil dibahagian punggung saya sehinggakam saya tidak berasa selesa untuk duduk kerana amat terasa sakit . pada pendapat doktor , apa yang harus saya lakukan supaya benjolan nya hilang dan apakah masalah ini serius ? . terima kasih

Dijawab oleh doktor
Dr Ramzdhan Doktor 16 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Sebaiknya dijelaskan lanjut posisi sebenar benjolan memandangkan terdapat pelbagai penyakit daripada pelbagai punca yang boleh menyebabkan benjolan di bahagian punggung.

Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Last Updated: Tue Nov 19 2019 21:49:40 GMT+0800 (+08)
4.88


Tanya Doktor Dalam Talian
Dalam mesyuarat sepanjang hari?
Hubungi seorang doktor dalam talian!
Tanya Doktor dalam Talian
Tanya Doktor Percuma Diskaun Hingga RM12 bagi Ubat & Suplemen