
Sulit
4 tahun
Benjolan dibawah ketiak bayi
Bayi saya berumur 3bulan mempunyai benjolan di bawah ketiak.Bayi saya sihat dan aktif seperti bayi normal.Benjolan tersebut juga tidak sakit apabila disentuh.Adakah benjolan tersebut bahaya?adakah bayi saya perlu mendapatkan rawatan segera?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Biasanya benjolan di ketiak boleh disebabkan oleh:
- Foliculitis : Jangkitan pada folikel rambut. Disebabkan bahagian ketiak yang berlipat, mudah berpeluh dan memudahkan bakteria membiak, ini memudahkan masalah ini berlaku.
- Tindakan sering bercukur juga boleh menyebabkan luka dan jangkitan atau keradangan
- Benjolan lemak atau tisu fiber
- Bengkak pada kalenjar limfa
Kuman penyebab jangkitan boleh berpindah melalui sentuhan anda.
Untuk mengetahui penyebab benjolan di ketiak tersebut, kami memerlukan maklumat lanjut tentangnya serta maklumat lain tentang latar kesihatan bayi anda. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.