Anonymous
6 tahun
Benjolan kecil di kemaluan
Saya wanita berusia 31tahun dan mempunyai 2org anak…apa yang saya perasan, selalu ada timbul benjolan kecil seolah2 seperti jerawat, tetapi, lepas tumbuh di satu tempat, kemudian akan tumbuh di tempat lain lagi…kadang-kadang, ada benjolan yang sakit, ada yang cuma timbul saja…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang dihadapi anda boleh disebabkan:
- Jangkitan herpes genital
- Jangkitan virus HPV
- Jerawat
- Kista (“cyst”)
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































