Sulit
3 tahun
Benjolan kecil pada belakang leher bahagian kiri
Saya sedari dari saya usia kanak-kanak terdapat benjolan kecil pada belakang leher bahagian kiri. Semenjak itu, saya membiarkannya tanpa merujuk pakar/doktor kerana menyangka ianya normal. Tambahan lagi saya ada meminta pandangan dan nasihat bapa saya akan hal ini dan bapa mengatakan ianya normal. Dikala saya sudah meningkat dewasa saya mula ingin mengetahui dengan lebih terperinci benjolan ini berdasarkan maklumat pakar/doktor. Mohon pencerahan doc.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu benjolan kecil pada belakang leher bahagian kiri. Untuk pengetahuan anda, masalah benjolan pada leher boleh terjadi akibat beberapa penyebab iaitu:
- masalah pada kelenjar bening
- masalah pada kelenjar air liur
- kista
- bisul
- lipoma
- tuberkulosis
- kanser
Anda boleh ikuti penjelasaanya di sini. Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat serta pemeriksaan lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan dibuat. Sekiranya benjolan yang anda hadapi setelah sekian lama tidak menimbulkan sebarang gejala serius pada diri anda, berkemungkinan ianya bukanlah merupakan suatu perkara yang membahayakan.
Namun begitu, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.