
Sulit
4 tahun
Benjolan keras di perut bahagian atas pusat. Tidak terasa sakit ketika ditekan
Saya wanita berumur 20 tahun. Mempunyai masalah benjolan yang timbul di perut bahagian atas pusat. Benjolan ini timbul kadang kadang sahaja. Namun benjolan itu keras, bila ditekan ia hilang. Namun benjolan itu tidak memberi apa apa kesakitan apabila ditekan. Haid saya juga datang secara teratur. Saya juga seorang penghidap gastrik. Persoalannya apakah benjolan keras itu doktor? Adakah ia juga dikaitkan dengan kehamilan?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jaga kesihatan anda dengan pemakanan yang betul !
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan adalah terlalu singkat, tidak jelas dan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal yang sebenar.
Umumnya benjolan pada perut seseorang individu dewasa boleh disebabkan oleh
- angin pasang
- umbilical hernia
- kesan pembedahan
- pengumpulan lemak
- hematoma
- atau ketumbuhan yang lain
Oleh itu, saya sarankan, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Maka dengan itu, kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gastroenterologist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.