
Sulit
3 tahun
Benjolan pada pubis mons
Salam sejahtera.
Sy wanita 23 tahun, ada masalah benjolan pada kawasan “pubis mons”. Mula2 kecil, dalam seminggu makin membesar dan mula sakit bila berjalan. Sakit bila mggunakan sluar dalam. Apakah punca tersebut dan adakah ia berbahaya?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang telah diajukan
Berdasarkan keterangan yang diberikan, anda mempunyai benjolan di kawasan mons pubis. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu.
Untuk pengetahuan anda, gejala yang anda alami boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Jerawat
- Kudis buta
- Alahan dermatitis
Atau ianya juga boleh berpunca daripada keadaan yang lebih serius seperti:
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
- Penyakit gatal seperti lichen sclerosis/planus
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar ginekologi