
Sulit
4 tahun
Benjolan yang tidak sakit
Sy lelaki berumur 17 thn , baru baru ni sy perasan ada benjolan di bahagian badan sy iaitu di bahagian belakang telinga kanan . Benjolan itu tidak ketara tapi kalau disentuh , sy dpt rasakan ada benjolan kecil di sana… Dulu pun ada sy rasa juga tu tapi skrg mcm tu benjolan makin membesar sikit lah dari yg dulu tapi x sakit. Tmpt kedua pula ada benjolan kecil di bahagian hujung tulang selangka yg di depan dan ada juga benjolan saiz 20sen yg emas di bahagian 1cm di bawah tulang selangka sy di sebelah kiri. Dan paling last ada benjolan di bahagian celah paha sy di sebelah kiri dan kanan. Benjolan yg ada di celah paha sy ada bnyk dan berlainan saiz iaitu ada saiz kecil ,panjang dan bersaiz besar (paling besar pun saiz 5sen) tapi tidak ketara lah dan kalau disentuh baru dapat rasa ada tu benjolan.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Gangguan telinga, hidung dan tekak memang lazim untuk berlaku. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Umumnya, gejala yang yang anda alami dari telinga sehingga ke celah peha boleh disebabkan oleh pelbagai jenis gangguan tubuh yang sama mahupun berbeza. Antara gangguan-gangguan ini termasuk:
- gangguan kelenjar minyak (i.e. acne)
- gangguan pertumbuhan lemak (i.e. lipoma)
- gangguan jangkitan kulit yang kronik (i.e. dermatistis)
- gangguan kelenjar peluh (i.e. hidradenitis suppurativa)
- gangguan kulit yang lain (i.e. kista, dll.)
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).