
Anonymous
5 tahun
Ber salin czer apa risiko jika mengandung lagi dalam 1 tahun lebih
Saya mengandung anak ke 3,anak no 2 saya bersalin czer…anak no 2 setahun 5 bulan…soalan saya apakah risiko kandungan 15 minggu ini…dan boleh tau tidak jika saya gugurkan…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, biasanya pihak kesihatan akan menasihatkan untuk menunggu 2 hingga 3 tahun setelah kelahiran secara caesarean untuk anda hamil lagi. Hal ini adalah untuk memberi kesempatan kepada rahim anda untuk recover dengan baik.
Akan tetapi, sekiranya anda hamil lagi dalam tempoh kurang dari 2 tahun, yang boleh dicadangkan adalah untuk mengelakkan kelahiran secara normal melalui vagina. Kemungkinan besar kehamilan kali ini harus lahir melalui pembedahan caesarean juga. Hal ini adalah untuk mengelakkan risiko rahim pecah sewaktu proses meneran dan melahirkan.
Selain itu, mana-mana kehamilan setelah caesarean (walaupun lebih 2 tahun setelah caesarean) juga berisiko untuk terjadi kehamilan luar rahim mahupun plasenta accreta (apabila placenta tumbuh terlalu dalam di otot rahim). Justeru, gejala yang harus anda perhatikan adalah sakit perut yang parah serta perdarahan lewat vagina. Seaindanya gejala-gejala diatas terjadi, segeralah lakukan kunjungan ke doktor untuk dilakukan pemeriksaan dan perawatan lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.