
Sulit
5 tahun
Berak bayi berwarna kelabu
Hi Doc. Anak saya berusia 1 tahun 2 bulan. Baru-baru ini berak dia berwarna kelabu. Anak masih BF. Tiada gejala lain. cuma berak kelabu. Adakah ini normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah tersebut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jenis makanan yang anak anda ambil
- susu formula juga boleh mempengaruhi
- pemakanan ibu juga boleh mempengaruhi warna najis anak
Namun, jika anak anda mengalami gejala seperti kerap menangis, sakit perut, tidak aktif, kurang menyusu, anda disarankan membawa anak anda berjumpa dengan doktor.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.