Sulit
3 tahun
Berak Berdarah dan tak bermaya
Saya mengalami berak berdarah dekat seminggu. Hari pertama, najis bercampur darah tapi diakhir darah keluar memancut, begitu hari kedua. Saya amalkn makan husk, beransur pulih. Namun darah masih ada bercampur dengan najis. Terkadang berak pun normal terkadang sedikit. Terkadang takde rasa berak. Tolong bantu.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi, iaitu masalah najis berdarah. Untuk makluman anda, najis berdarah boleh disebabkan oleh pelbagai kondisi kesihatan seperti:
- Luka anus
- Abses dubur
- Buasir
- Divertikulum
- Sembelit
- Inflammatory bowel disease
- Kanser usus
- Keradangan anus
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan adalah diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih