Sulit
3 tahun
Berak berdarah selepas makan makanan pedas
Saya telah berak berdarah dan sembelit selama 3 hari… Saya mula berak berdarah selepas makan makanan yang pedas. Adakah ini disebabkan makanan yg pedas atau sembelit yang menyebabkan berdarah?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah berak berdarah setelah memakan makanan yang pedas. Kemungkinan gejala ini berkait dengan pemakanan anda ataupun tidak. Untuk makluman anda, tabiat pemakanan yang kerap mengandungi makanan pedas boleh mendorong kepada penyakit usus seperti:
- Buasir
- Fisur dubur
- Gastritis - Penyakit keradangan perut
Kami sarankan anda untuk menjaga sistem penghadaman anda dengan mengelakkan makanan pedas yang berlebihan, kurangkan alkohol dan kopi, serta elakkan merokok. Sila pantau simptom-simptom lain seperti berikut untuk berjumpa dengan doktor yang berdekatan mengenai masalah ini:
- Kegatalan pada dubur
- Konstipasi yang teruk
- Najis berdarah yang berlarutan sehingga berbulan-bulan
- Keletihan dan tidak bermaya
- Penurunan berat badan yang mendadak
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih