Sulit
4 tahun
Berak Cair dan demam
Anak saya berumur 1 tahun 3 bulan, 4 hari yang lalu anak saya tiba² muntah² tanpa demam. Pagi tu saya bawa anak saya pergi jumpa doktor. Dia telah berikan ubat kerana mengikut doktor anak saya berkemungkinan di jangkiti kuman. Sekarang ini anak saya tidak muntah lagi. Cuma berak cair dan badan dia dedar² macam tu jerla. Berak cair bukan kerap, dalam sehari ada dua kali jer mcm tu. Ini normalke doktor? Sebab saya risau jugak. Buat masa ini anak saya masi on antibiotik dan ubat demam y di berikan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, memandangkan anak anda sedang dalam pengubatan, sebaiknya diteruskan dahulu. Sebaiknya pastikan anak anda mendapat rehidrasi (air) dan pemakanan yang cukup. Nasihat kami adalah segera rujuk ke doktor sekiranya terdapat gejala seperti:
- berak cair lebih 3-4 kali
- lemah
- muntah berterusan
- bayi tidak mahu makan atau minum
- bayi gelisah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.