
faqeh
6 tahun
Berapa Kerap Kena Cek Gula Dalam Darah Sehari Kalau Sakit Kencing Manis?
Berapa kerap kena cek gula dalam darah sehari kalau sakit kencing manis? Penat jugak nak kena ulang banyak kali. Sakit lah doktor.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Hi! Terima kasih atas soalan anda. Pemantauan sendiri tahap glukosa darah adalah kaedah pilihan dalam menilai kawalan glisemik (gula) dan mencegah hipoglisemia. Pemantauan sendiri tahap glukosa darah harus dicadangkan kepada pesakit insulin dan kepada mereka yang menggunakan ubat pil diabetik.
Kekerapan ujian glukosa darah bergantung kepada status glukosa, matlamat tahap glukosa dan cara rawatan. Secara amnya, pemantauan sendiri tahap glukosa darah boleh dibuat berdasarkan cara rawatan pesakit tetapi merujuk kepada doctor anda untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut and lebih peribadi berdasar sejarah perubatan anda.
Jikalau rawatan pesakit itu hanyalah kawalan makanan, sepatutnya pemantauan sendiri tahap glukosa darah haruslah dibuat 4 kali sehari (sebelum and selepas sarapan pagi, selepas makan tengah hari dan selepas makan malam). Jikalau rawatan pesakit itu hanyalah pil ubat diabetik, sepatutnya pemantauan sendiri tahap glukosa darah haruslah dibuat 4 kali sehari (sebelum and selepas sarapan pagi, selepas makan tengah hari dan selepas makan malam)
Jikalau rawatan pesakit itu hanyalah cucuk insulin, sepatutnya pemantauan sendiri tahap glukosa darah haruslah dibuat 6 kali sehari (sebelum and selepas sarapan pagi, sebelum dan selepas makan tengah hari dan sebelum dan selepas makan malam). Namun ini hanya nombor-nombor yang digalakkan berdasarkan garis panduan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, realitinya nombor-nombor ini akan berubah bedasarkan factor-fakor yang disebut di atas.
Oleh itu, ialah itu ia adalah sangat penting untuk berjumpa doctor encik kerana dia sahaja yang mempunyai maklumat perubatan encik. Walaupun pemantauan sendiri tahap glukosa darah tidak ditunjukkan mempunyai kesan yang signifikan terhadap HbA1c dan berat badan, ia disyorkan sebagai sebahagian daripada strategi pendidikan yang lebih luas untuk mempromosikan penjagaan diri.
Pesakit harus diajar cara menggunakan data pemantauan sendiri tahap glukosa darah untuk menyesuaikan pengambilan makanan, senaman, atau terapi ubat pil untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Keperluan dan kekerapan pemantauan sendiri tahap glukosa darah perlu dinilai semula pada lawatan susulan.
Pemantauan glukosa berterusan (CGM) menjadi pilihan berguna, terutamanya bagi pesakit dengan diabetic type 1, mereka yang menjalani rejimen insulin intensif untuk meningkatkan kawalan glisemik dan individu yang mendapat hipoglisemia dan hipoglisemia pada waktu malam.
Jika puan mempunyai sebarang keraguan, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.