
Sulit
4 tahun
Berapa minggu kandungan saya
Saya period pada 6/2/2021 dan habis period pada 12/2/2021 … setelah lewat beberapa hari period sy pergi check dkt klinik diorg cakap kandungan saya masa tu baru 4 minggu lbih … pada 12/2/2021 , sy datang ke hospital disebabkan rasa sakit dan doc cakap sy kencing kotor dan berkemungkinan kandungan luar rahim dan cakap sy mengandung sudah 6minggu …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Bagaimanapun, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan penjelasan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mengetahui usia kehamilan anda. Kaedahnya adalah seperti:
- kaedah kalender - mengetahui taksiran kehamilan, kaedah ini hanya sesuai untuk wanita dengan kitaran haid teratur.
- imbas ultrasound
- melalui ketinggian puncak rahim
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih