
Sulit
4 tahun
Berapa peratus peluang untuk hamil apabila precum dilepaskan dalam vagina?
Bulan lepas saya ada boyfriend saya ada melakukan aktiviti sex. Tetapi dia hanya pancut luar. Namun yang membimbangkan saya adalah precum yang dilepaskan dari bf saya kerana kami melakukan tanpa menggunakan protection. Adakah saya berpeluang untuk hamil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kehamilan.
Untuk makluman anda, masih terdapat peluang untuk hamil walaupun rendah, sekiranya precum tersebut bercampur dengan sperma. Anda perlu ingat bahawa, sekiranya hubungan seksual dengan mengeluarkan air mani di luar faraj, pasangan tersebut masih mempunyai 14-24% peluang untuk hamil. Hal ini kerana kita tidak boleh pastikan samada kesemua air mani tersebut dipancutkan keluar atau tidak.
Sekiranya anda ingin mendapatkan kepastian, anda boleh lakukan ujian kehamilan setelah dua minggu lewat haid.
Kepentingan untuk melakukan hubungan seksual dengan perlindungan bukan sahaja untuk mengelakkan hamil, tetapi juga untuk elakkan penyakit jangkitan kelamin. Bagi mengurangkan risiko mendapat penyakit sebegini, anda disarankan untuk melakukan hubungan seksual yang sihat dan selamat seperti:
- Menggunakan kondom
- Tidak bertukar-tukar pasangan
- Mengetahui status penyakit pasangan
- Tidak melakukan aktiviti melibatkan dadah
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.