
Sulit
3 tahun
Berasa stress dan cepat marah
Saya berumur 22 thn.Dalam beberapa bulan ini sy rasa cepat marah dan stress dgn keadaan sekeliling sy…kalau org ckp biasa pun sy boleh jadi cepat marah lps tu dok stress sepanjang hari…asyik sakit kepala dan x blh tdor malam…sy rasa badan lemau dan sakit-sakit.Apabila jadi stress sy nk cuba kurangkan tp x boleh last2 sy rasa mcm nk hentuk kepala kuat2 kat dinding…knp sy rasa semua ni ye doc…doc boleh tolong x…tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Berdasarkan keterangan yang diberikan adalah berkenaan cepat tertekan dan cepat marah. Kami memahami kebimbangan anda dan akan cuba membantu.
Untuk makluman anda, gejala ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Stress berlebihan
- Kekurangan rehat pada fizikal dan mental
- Perubahan hormon
Namun gejala ini boleh berlaku disebabkan perkara yang lebih serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut oleh doktor seperti:
- Skizofrenia
- Penyakit bipolar serta psikosis
- Penyakit kemurungan serta psikosis
Oleh kerana gejala yang anda hadapi berkait dengan mental dan psikologi anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan pandangan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar psikiatri