Sulit
5 tahun
Berat badan tak balance dengan bmi..Makin susut badan sy..berat sy pun just 39 kg
Saya wanita berumur 28 tahun…semenjak umur 25 tahun lagi saya mulai perasan berat badan menurun Dan bmi tidak normal walaupun selera makan to Ada…tapi semenjak meninjak usia ke 28 selera sy menurun kekadang2 Naik…saya jugak Ada mengambil produk luar untuk Naik Kan badan iaitu dresella jus…sehari lepas sy makan jus tersebut bdan sy jd lemah…Dan semasa saya haid darah sy menjadi sedikit and berhenti dan mereka berkata brlawan dalam badan kesan sampingan ubat tersebut…sebelum sy period biase 2 kli dalam bulan yg sama tapi Kali ni hanya 1 Kali je…adakah normal and sy amat bimbang berat badan saya sekarang ni…adakah sy mengalami penyakit…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah kurang berat badan yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- masalah hormon tiroid berlebihan
- penyakit kronik seperti kencing manis
- metabolisme badan yang tinggi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.





























