
Sulit
3 tahun
Berat bayi 7 bulan tak naik
6 bulan berat bayi saya 6. 9kg harini buat checkup 7 bulan berat naik 7.0kg adakah normal?

3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kerisauan anda tentang berat badan bayi anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, tumbesaran bayi adalah berbeza dari segi berat dan tinggi. Dari lahir hingga usia 6 bulan, bayi mungkin membesar 1/2 hingga 1 inci (kira-kira 1.5 hingga 2.5 sentimeter) sebulan dan kira-kira 140 hingga 200 gram seminggu.
Masalah berat badan tidak naik boleh disebabkan banyak perkara dan tidak semestinya disebabkan masalah nutrisi. Oleh itu, menambah jumlah kalorie dalam makanan seperti bubur tidak membantu jika punca sebenar masalah ini tidak dikenalpasti. Antara punca bagi masalah ini ialah:
- Hormon tiroid yang tinggi dalam badan
- Masalah metabolisma
- Jangkitan
- Sakit kronik
- Kurang mendapatkan nutrisi seimbang
Oleh itu, anda harus berunding dengan doktor jika berat badan bayi anda masih tidak berubah atau mempunyai simptom berat badan menurun. Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Hilangkan kerisauan tentang keadaan anak anda, pakar kanak-kanak kami sedia untuk berkhidmat untuk anda.