Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Berdarah Selepas makan ubat Postinor

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Julai 16, 2021 5:56 PM

Sulit 2 bulan

Hi Doktor,
Selepas hari ke 7 haid, saya mengadakan hubungan intim dan secara tidak sengaja semasa melakukan seks, accidentally kondom tertinggal di dalam dan kemudian dikeluarkan…the next day saya makan postinor pil 2 biji, lepas 5 atau 6 hari kemudian saya ada keluar darah memang macam darah haid ada ketul juga. Boleh terangkan saya apa berlaku sebenarnya? Adakah ini memang darah haid? Kalau pregnant, mcm mana bole pregnant kalau time tu tak da telur? Kalau haid, boleh kah haid seawal itu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 2 bulan
General Practitioner

Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.

Kami memahami anda mengalami pendarahan seperti haid selepas mengambil pil Postinor 2 biji. Kami akan cuba membantu anda.

Untuk makluman anda, pendarahan awal atau spotting adalah antara kesan sampingan pil Postinor. Sekiranya anda mengalami gejala lain seperti pening kepala, atau sakit perut yang teruk, sila rujuk kepada doktor untuk mendapatkan bantuan.

Anda boleh menghubungi kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.

Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Dikemaskini pada: Fri Jul 16 2021 17:56:14 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang pil perancang kecemasan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19