Sulit
2 tahun
Pil perancang kehamilan (postinor)
saya wanita 20an, ingin bertanya, sy telah melakukan seks, dan keesokanya saya memakan pil secara sekaligus, adakah ia berkesan jika memakan pil postinor secara sekaligus?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda ingin mengetahui tentang keberkesanan pil postinor jika dimakan secara sekaligus. Saya akan cuba menjawab pertanyaan ini dengan baik.
Untuk makluman anda, biasanya postinor dapat memberikan kesan perancang sebanyak 95 peratus sekiranya ia diambil seawalnya dalam 24 jam; dan sebanyak 85 peratus, digalakkan ambil sebelum 48 jam. Pil atau dos kedua perlu diambil dalam jangka 12 jam selepas pil pertama. Sekiranya anda memathui cara pengambilan ubat ini, perlindungan dari kehamilan adalah tinggi.
Walaupun anda ambil 2 biji postinor sekali gus, selagi anda telah mengambil dos pertama pada masa yang tepat, postinor biasanya dapat memberikan kesan perancangan yang cukup menjanjikan.
Sekiranya haid anda lewat 2 minggu atau lebih dari tarikh sepatutnya, anda boleh melakukan ujian kehamilan seperti UPT untuk saringkan status hamilan anda. Sekiranya keputusan UPT adalah negatif, mungkinnya period lambat adalah kesan sampingan penggunaan pil perancang.
Anda juga boleh merujukkan masalah ini kepada doktor sakit puan untuk dapatkan nasihat lanjut atau menghubungi doktor kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.