Sulit
4 tahun
Bergejala, buat ujian saliva, dapat result yang berbeza
Saya mengalami demam on off, selesema dan sakit tekat. Pada hari ke3, disebelah pagi, kira-kira jam 8am, saya melakukan ujian saliva… terdapat 2 line di mana line di bahagian bawah adalah kabur. Kemundian, selang 10 minit saya lakukan skali lagi ujian saliva, dan terpapar 1 line sahaja. Untuk kepastian, di sebelah petang, 4.00pm, saya lakukan sekali lagi dah 1 line juga kelihatan.
saya telah mengasingkan diri di dalam bilik. Manakala semua ahli keluarga telah melakukan ujian saliva… dan keputusan mereka semua negative.
jadi, bolehkan saya kuarantinkan diri sahaja di rumah sehingga gejala hilang? atau perlu lakukan ujian saringan lagi?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan keputusan ujian yang anda lakukan tersebut berbeza. Antaranya adalah:
- Cara anda melakukan test tersebut tidak betul
- Waktu anda melakukan test tersebut tidak tepat
- Alat tersebut telah rosak
- Sampel cairan yang digunakan telah bercampur dengan cairan lain
Untuk sementara waktu, memandangkan anda sedang bergejala, anda haruslah mengasingkan diri dengan berkuaraantin secara mandiri di dalam bilik. Selepas 10 hari, anda perlu melakukan ujiansaliva sekali lagi untuk memastikan bahawa keputusan ujian tersebut adalah benar-benar negatif.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































