
Sulit
4 tahun
Berhenti cucuk depo dan ambil pil perancang
Salam sejahtera doktor. Sy sudah setahun ambil depo 3 bulan sekali. Tetapi sy mengalami kenaikan berat badan yg banyak, tidak datang period setahun… Jd sy mengambil keputusan untuk berhenti depo dan mengambil pil perancang yasmin. Sy ingin bertanya pd doc… Bilakah waktu sy boleh makan pil yasmin krn sy tidak dtg period… ?Setahu sy pil perancang kena makan pd hari pertama period… Boleh doktor tolong jelaskan pd sy… Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami keinginan anda untuk menukar kaedah kontraseptif daripada penggunaan suntikan Depo ke pil perancang kerana anda mengalami kenaikan berat badan serta masalah haid tidak teratur ketika menggunakan Depo.
Untuk makluman anda, kenaikan berat badan dan juga tidak kedatangan haid merupakan salah satu kesan sampingan yang biasa dialami oleh pengguna suntikan Depo. Sekiranya anda ingin menukar ke kaedah pil perancang, kami nasihatkan anda menerima nasihat daripada doktor terlebih dahulu mengenai penggunaan ubat ini serta mendapatkan preskripsi yang sah.
Selalunya, penukaran daripada suntikan Depo ke pil perancang adalah dibenarkan. Cara untuk menukar tersebut boleh dilakukan sehari selepas suntikan Depo yang sepatutnya diambil. Bermaksud jika anda telah mengambil suntikan Depo sebelum ini, anda sebolehnya tunggu sehingga suntikan seterusnya, tetapi bukannya mengambil suntikan yang baru tetapi mengambil Pil perancang tersebut pada keesokan harinya. Walaubagaimanapun, penukaran tersebut boleh sahaja dilakukan pada bila-bila masa sahaja, cadangan di atas adalah untuk keberkesanan yang maksima.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Pil ini mempunyai beberapa kesan sampingan yang hampir sama dengan penggunaan Depo, iaitu:
- Muntah dan loya
- Sakit kepala
- Kembung perut
- Sakit payu dara
- Kaki atau lutut bengkak
- Perubahan berat badan
- Haid tidak teratur, terutamanya pada bulan pertama menggunakannya.
Jika terdapat sebarang pertanyaan lebih, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.