fashaisha
6 tahun
Berhenti makan pill perancang
Saya start makan pill perancang pertama yg biasa pada hari 19/7 sampai ke harini. Jadi bolehkah saya berhenti daripada makan pill perancang yg biasa untuk menunggu kitaran haid yg seterusnya? Kerana kebiasaannya saya period di awal bulan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami perlu mengetahui pil perancang jenis apa yang anda makan. Namun, untuk pengetahuan anda, jika anda mengambil pil COCP ia perlu diambil setiap hari dan sebaik-baiknya pada masa yang sama untuk mengekalkan tahap hormon yang dihendaki di dalam badan.
Jika anda terlupa untuk mengambil pil, ia akan mengurangkan kesannya dan risiko untuk kehamilan berlaku akan meningkat
Jika anda mempunyai keraguan mengenai pil perancang, saya cadangkan anda untuk bercakap dengan doktor kami secara privasi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.



































