Sulit
3 tahun
Berhenti makan ubat diabetes
Hi Dktor, saya nak tanya mengenai diabetes. Jika seseorang yang berumur 50an ke atas yg baru sahaja disahkan hidap diabetes jenis 2 lebih kurang 6 bulan yg lalu. Tapi tahap gula sekarang terkawal antara 5.5 hingga 6.9 selepas makan.
Boleh ke ubat diabetes dihentikan? Tahap gula normal selama 2bulan tanpa sekali pun melebihi 7.
Bolehkah ubat kencing manis dihentikan? Apa kesan sampingan jika ubat pengambilan ubat dihentikan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan yang anda hadapi. Untuk makluman anda, ubat kencing manis
yang diberikan oleh dokter bertujuan untuk melainkan untuk menjaga kadar gula dalam darah agar stabil dan tetap berada pada kadar yang normal. Tujuan memakan obat diabetes adalah untuk mencegah agar gula darah tidak naik terlalu tinggi, karena gula darah tinggi dalam jangka panjang dapat menyebabkan pelbagai komplikasi penyakit yang berbahaya.
Selain itu, pesakit diabetes juga disarankan untuk melakukan mengontrol berat badan, tekanan darah, dan kadar lemak tubuh dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat, seperti menjaga pengambilan makanan seimbang dan bersenam secara rutin.
Walaupun kadar gula darah sudah mencapai target, bukan bererti pesakit diabetes sembuh dan dapat lepas dari rawatan ubat. Perjalanan daripada komplikasi penyakit ini berterusan pada setiap hari. Maka, pengambilan ubat amat penting untuk mengelakkan komplikasi penyakit daripada terjadi seperti neuropati ataupun masalah saraf periferi. Kesan sampingan daripada berhenti memakan ubat kencing manis adalah kenaikan gula darah yang mendadak sehingga boleh menyebakan kondisi yang serius seperti penurunan kesedaran.
Pengambilan ubat kencing manis memang harus dilakukan secara rutin. Kontrol kadar gula darah yang baik adalah kunci dari penanganan penyakit ini.
Dapatkan kesihatan yang berpanjangan, hindari kencing manis dari awal !
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih