Sulit
4 tahun
Berhenti pil perancang
hai…saya ibu kepada dua org anak lelaki…sya ade merancang dengan makan pil perancang noriday… 19/1/2020 sy stop makn pil…sbb nak rncang sendiri…period saya ok alhamdulilah sepjg saya amalkan pil prncang… next period 29/1/2020…so sy nk tnya bila saya stop pil nie…bila masa yg sesuai tk saya bersama suami spy tk termengandung lagi…sbb ada org kta kena tgu smgu dua dlu baru blh on tkt mgndung…(br blh nk rncang sndiri) atau kena tgu period dlu br blh on… ke mcm mana ye… harp blh membantu saya dlm dilema nie…tq
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Anda boleh sahaja untuk berhenti mengambil pil perancang ini pada bila-bila masa namun anda digalakkan untuk menghabiskan satu papan pil. Hal ini kerana, penghentian pada pertengahan pil akan menyebabkan kitaran haid anda terganggu sebentar dan menyebabkan pendarahan.
Anda kemungkinan besar akan hamil jika anda melakukan hubungan seks dalam sehari atau lebih pada fasa ovulasi (melepaskan telur dari ovari). Ini biasanya kira-kira pada 14 hari selepas hari pertama haid (jika kitaran anda adalah sekitar 28 hari).
- Satu telur kekal selama 12-24 jam selepas dibebaskan. Untuk kehamilan, telur mesti disenyawakan oleh sperma dalam masa ini.
- Sperma boleh hidup sehingga 7 hari di dalam badan wanita. Oleh itu, jika anda telah melakukan hubungan seks pada hari-hari sebelum ovulasi, sperma akan mempunyai masa untuk pergi ke tiub fallopi untuk sementara menunggu telur dikeluarkan.
- Sulit untuk mengetahui dengan tepat bila ovulasi berlaku, melainkan anda mengamalkan perancangan keluarga semula jadi, atau kesedaran kesuburan.
- Elakkan bersama pada waktu subur.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.