
Sulit
5 tahun
Berhubungan sex masa treatment bakteri vagina
Doc saya nak tanya…sy sekarang tengah buat insert vagina ovule untuk treatment bakteri vagina selama 7 hari… hari ke 6 saya melakukan hubungan sex dengan suami,bahaya tak doc sebab treatment saya ada 1 hari lagi…selepas berhubungan sex sy terus mencuci vagina dan insert ovule yg tersisa …adakah bahaya selama treatment melakukan hubungan sex doc?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, terdapat risiko kepada suami anda serta anda sendiri sekiranya rawatan tidak habis lagi sewaktu anda melakukan hubungan kelamin. Ditambah pula dengan pencucian kemaluan anda dan penggunaan ovule yang tersisa, risiko untuk jangkitan oleh bakteria baharu serta jangkitan pada kelamin suami anda adalah sedikit tinggi. Sekiranya masalah jangkitan kemaluan anda tidak pulih selepas tamat tempoh rawatan dan suami anda menghidapi gejala-gejala seperti sakit ketika kencing atau demam, maka anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.