
Sulit
4 tahun
Berkaitan Vaksin Hepatitis
Selamat Sejahtera Doktor… Saya ingin bertanya …pada 2tahun lepas saya ada ambil Vaksin Hep B , kalau tak silap saya result antibody saya 1000 kot…
1 . Berapa lama Vaksin tersebut mampu melindungi badan saya ?
2 . Bila pula saya perlu ambil vaksin Hep B seterusnya ?
3 . Adakah Vaksin Hep B mampu mencegah/melindungi jangkitan virus Hep B jika terdedah pada virus tersebut seperti cecair badan kena mata/mulut , sex bebas atau berkongsi jarum ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang vaksin hepatitis B.
Untuk makluman anda, vaksin hepatitis B memberi perlindungan selama 30 tahun kepada kumpulan manusia yang sihat dan menerima vaksin tersebut selepas umur 6 bulan. Vaksin ini akan memberikan perlindungan berterusan daripada virus hepatitis B dengan syarat anda mengambil suntikan yang betul samada dua dos atau tiga dos mengikut jenis vaksin yang diambil.
Namun begitu, terdapat juga situasi di mana anda memerlukan dos booster untuk hepatitis B. Biasanya apabila anda menerima suntikan vaksin, keputusan anti-HBs atau HBsAb anda akan melebihi 10 mIU/mL. Sekiranya anda risau tentang kondisi anda, anda boleh memohon untuk lakukan ujian saringan hepatitis B dimana mana pusat makmal kesihatan atau klinik. Sekiranya keputusan anti-HBs atau HBsAb anda kurang daripada 10 mIU/mL atau anda mempunyai risiko-risiko lain untuk mendapat penyakit, Doktor yang merawat anda akan mencadangkan dos booster vaksin hepatitis B. Bukan semua orang memerlukan dos booster ini, oleh itu pertanyaan lanjut dan pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum anda mengambil dos booster.
Vaksin hepatitis B memang boleh mencegah anda daripada jangkitan penyakit virus hepatitis B. Namun sekiranya anda mempunyai penyakit imuniti rendah atau penyakit lain yang memberikan anda risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit, anda harus berhati hati dan sentiasa berwaspada. Lakukan ujian saringan sekiranya anda masih ragu ragu.
Saya juga menasihatkan anda untuk mengamalkan hubungan seksual yang sihat dan tidak melakukan aktiviti dadah. Hal ini bukan sahaja untuk mencegah hepatitis B, ia juga penting bagi menghalang penyakit lain daripada berlaku.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di Ragu-ragu tentang vaksin? Konsult Doktor Kami Secara PERCUMA! secara peribadi. Terima kasih.