
Sulit
4 tahun
Berkenaan dengan Slipped disc L5-S1 selepas bersalin czer
Hi Doktor… saya ingin bertanya soalan… Saya bersalin pada bln 4/2020 secara elective czer kerana bby sy songsang pd 37 minggu kehamilan… Selepas bersalin, saya dapati saya sakit tulang punggung sampai membuatkan saya tidak boleh duduk terlalu lama… Saya ada ke klinik dan betanyakan pada doktor, tapi doktor tu ckp normal sbb sy br lps brsalin… tapi lama kelamaan sy rasa makin teruk sehingga saya tidak boleh duduk walaupon utk setengah jam… sy pon pergi ke klinik lg… dan doktor tu meminta sy membuat xray… dan di dapati sy slipped disc L5-S1 lumbar… persoalan sy, ape kene mengena brsalin czer gn slipped disc? sbb ble sy ckp kt org sy kene slipped disc pas beranak dorang ckp mcm x de kaitan… and ape perlu sy buat utk pulihkan keadaan sy selain buat physio… terima kasih doc…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham keadaan anda berkenaan masalah slipped disc yang anda alami. Untuk pengetahuan anda masalah slipped disc anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Peningkatan umur
- Trauma atau kecederaan pada tulang belakang
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat memberikan kesan kepada tulang belakang anda terutama pada bahagian lumbar kerana bahagian ini menanggung beban yang tinggi
- Pekerjaan yang memerlukan seseorang membuat kerja berat seperti buruh
- Genetik
Masih risau dengan sakit belakang? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!
Ia sama sekali tidak berkait dengan sebab anda bersalin. Ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami sakit belakang.
Untuk maklumat tambahan, rawatan untuk sakit slipped disc ini terbahagi kepada tiga:
- Ubat-ubatan; rawatan ini adalah paling biasa digunakan oleh doktor. Doktor akan memberikan ubat tahan sakit dan muscle relaxant, suntikan steroid untuk mengurangkan rasa tegang dan sakit yang dialami.
- Fisioterapi
- Pembedahan
Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mengalami gejala berikut:
- Sakit belakang yang lebih kuat dari kebiasaan
- Kebas dari bahagian pinggang ke bawah
- Kaki lemah atau lumpuh
- Tidak dapat mengawal kencing dan membuang air besar
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi di atas talian. Terima kasih.