Perlu Bantuan?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Berkenaan period sedikit²

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: November 25, 2020 7:59 AM

Sulit 53 hari

Saya Fazlina, saya baru je habis period mnggu lepas, tapi sekarang still ada darah lagi tapi sedikit je laa…boleh saya tahu darah yg sdikit nie apa ya…sebab period saya yg mnggu lepas pun dtg 14hari .sebelum nie tak pernah lagi period tidak teratur macan nie? Sbb mnggu lepas saya ada jugak buat UPT test (negative )

Dr Sri Viknarajan 53 hari
General Practitioner

Hai Fazlina,

Terima kasih kerana menghubungi kami.

Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perubahan pada kitaran haid wanita. Antaranya:

  • masalah gaya hidup
    -tekanan stres
    -masalah kekurangan berat badan atau kehilangan berat badan secara mendadak
    -senaman yang terlalu banyak
    -kelebihan berat badan atau obesiti
  • penyakit-penyakit lain seperti penyakit jantung, tiroid yang terlalu aktif, kencing manis yang tidak terkawal atau menopaus pramatang juga boleh menyebabkan haid yang lewat.
  • gangguan hormon yang lain

Kelewatan haid yang diiringi dengan perut kembung pula boleh berpunca dari:

  • kehamilan
  • masalah dengan rahim, ovari atau faraj
  • kontraseptif seperti pil perancang kehamilan dan alat perancang kehamilan
  • sindrom ovari polisistik (PCOS)

Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Antaranya:

  • analisis gejala dan sejarah pesakit yang lebih komprehensif
  • pemeriksaan fizikal
  • pemeriksaan kencing atau darah
  • pemeriksaan-pemeriksaan lain (sekiranya perlu)

Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.

Anda masih risau tentang haid lewat ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

Dikemaskini pada: Wed Nov 25 2020 07:59:42 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang haid tidak teratur secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Sulit
Period tidak teratur lebih 3bulan dan belum berkahwin assalam doc. saya umur 21 tahun ni dan belom berkahwin. period saya sangat tidak teratur. last period saya bulan 10 2020 sampai sekarang takperiod juga. sebelom ni pun period 3bulan sekali. kawa… Baca lagi...
4 jam
Sulit
Saya nak tanya doktor tentang masalah period saya sekarang ini dan kalau nak bersama suami selalu faraj sy berdarah dan gatal Saya wanita 20an … sejak sy berkahwin sy mengalami masalah dengan period saya … 3 bulan sy x datang period dan bulan 12 haritu sy datang period tapi darah yang keluar adalah sedikit sahaja dan p… Baca lagi...
3 hari
Sulit
Ingin penjelasan dari doktor kerana sy baru berkahwin Dr sy baru berkahwin dan sy bersetubuh 2 hari selepasnya, kemuadian sy pancut sperma di luar kerana belum bersedia sebab kami tinggal jauh dan berasingan, esoknya isteri sy period selama 3 hari … Baca lagi...
3 hari
Sulit
Haid tidak teratur dan haid cuma 3 hari saja Saya wanita brumur 20 tahun dan belum berkahwin mempunyai msalah haid tak teratur dan haid hanya dalam 3 hari sja.Adakah itu normal doktor? Baca lagi...
4 hari
Sulit
Keputihan bercampur darah yang nasib berulang sehingga mendatangkan kerisauan pada diri Saya wanita berusia 19thn dan belum berkahwin , saya tidak mengalami simptom sakit pada vagina atau bahagian lain naming yang mendatangkan kerisauan apabila keputihan saya mula bercampur darah b… Baca lagi...
3 hari