Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Berkenaan Sakit kepala

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Oktober 22, 2021 12:24 PM

Sulit 42 hari

Saya berumur 20tahun saya mengalami sakit kepala sejak 6 hari lepas. Sakitnya rasa seperti air masuk hidung. Saya dah telan ubat tahan sakit tpi sakitnya tetap tak hilang. Dan saya tak boleh melihat cahaya. Klau melihat cahaya mata dan kepala saya akan sakit. Sakit kepala saya sebelah kiri sahaja . Apakah penyakit ni?

Dr Sashini Seeni 42 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.

Kami memahami anda mengalami sakit kepala sebelah kiri sejak 6 hari yang lepas, sakit seperti air masuk hidung dan sukar untuk melihat cahaya. Kami akan cuba membantu anda.

Untuk makluman anda, sakit kepala anda boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:

  • Sakit kepala akibat radang resdung (sinus headache)
  • Sakit kepala migrain
  • Sakit kepala kluster
  • Sakit kepala tekanan (tension headache)
  • Sakit kepala TMJ (masalah sendi rahang)

Untuk mengetahui punca penyebab masalah anda, anda perlulah merujukkan perkara ini kepada doktor dengan lebih lanjut, menjalani sebarang pemeriksaan serta penyelidikan berkaitan, supaya penjelasan ataupun rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.

Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.

Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.

Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.

Dikemaskini pada: Fri Oct 22 2021 12:24:32 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Perubatan Dalaman tentang sakit kepala secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Ujian dan vaksin COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian COVID-19 Vaksin COVID-19