Sulit
6 tahun
Berkongsi keta yg sama dgn suspek covid 19 Salam Masa yg berlainan
2 anak Saya berkongsi kereta yg sama (ber aircord) utk pergi Dan balik Dr sekolah dgn suspek covid. (Kanak2 P 8thn)
Walaupun mereka naik pada Masa yg berlainan…namun gap Masa adalah selang kurang dari 2jam.
Dan berulang2 hari juga virus masih boleh berada di permukaan dalam kereta jika suspek Ada meninggalkan sisa cecair. Mereka menaiki kereta yg sama setiap Hari sekolah…sehingga suspek disah kan oleh kkm.
Utk makluman …Pemandu kereta tersebut telah mendapat Surat kuarantin.
Disebabkan keadaan tersebut…adakah anak2 Saya perlu disaring Dan mendapat perintah kuarantin? Adakah mereka di Kira close contract?
Dan bagaimana utk mendapatkan saringan?
6 tahun
Saya faham akan kerisauan anda berkenaan dengan berkongsi kereta dengan suspek covid-19. Anda boleh mengamalkan langkah pembersihan kereta.
Oleh itu, anda digalakkan untuk mengambil kuiz ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal). Anda boleh berhubung dengan kami untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia melalui link berikut: https://www.doctoroncall.com.my/coronavirus
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di lawan sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih dan semoga cepat sembuh.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































