Sulit

2 tahun

Berlaku keradangan kaki selepas mendapatkan vaksin Astra Zeneca

Saya lelaki, berumur 25 tahun. Saya telah mendapatkan dos pertama vaksin Astra Zeneca pada 26 Mei 2021. Pagi 27 Mei, bahagian ‘joint’ ibu jari kaki sebelah kiri saya mula terasa sakit.

Sehari kemudian, kawasan tersebut telah membengkak dan terasa panas, sakit dan berdenyut tanpa henti serta menyukarkan saya untuk berjalan. Tanggapan saya pada awalnya adalah gout, tetapi setelah imbas kembali pola pemakanan saya, saya tidak mengambil makanan yang tinggi purin.

Saya telah mendapatkan rawatan di sebuah klinik berhampiran pada 28 Mei. Doktor mengambil darah saya untuk menguji kadar uric asid serta memberikan painkiller dan ubat keradangan.

Hari makin hari berlalu, saya menderita kesakitan dan sukar untuk tidur kerana kaki berdenyut secara berterusan, dan makin bengkak sehingga bahagian ‘joint’ ibu jari kaki tersebut berwarna merah gelap. Pada 3 Jun, saya telah kembali ke klinik untuk mendapatkan keputusun ujian darah. Didapati bahawa kadar uric asid saya adalah normal, iaitu 0.40 mmol/L. Doktor kemudiannya memberikan painkiller dan ubat keradangan yang berbeza serta ubat sapu Voren Plus.

7 hari kemudian, bengkak masih lagi tidak surut dan kaki saya semakin merah gelap sehingga kawasan kesakitan dirasakan semakin luas, lebih sakit dari sebelumnya. Pada 14 Jun, dengan kesakitan pada skala 10, saya terhincut-hincut mengagahkan diri untuk ke kembali ke klinik tersebut, dan doktor juga buntu dan agak terkejut kerana keradangan pada kaki tidak berkurang malah semakin teruk berbanding kunjungan pertama.

Doktor telah memberikan painkiller (Arcoxia 120 mg) dan ubat keradangan (Prednisole 5mg) yang berbeza, untuk dicuba selama 5 hari.

Saya cuba untuk memberi maklum balas pada aplikasi MySejahtera, tetapi hanya pilihan berbentuk objektif diberikan dan tiada pilihan untuk simptom yang saya alami. Hari ini genap 20 hari saya menderita kesakitan pada kawasan ‘joint’ ibu jari kaki tersebut.

Boleh saya minta pendapat doktor, adakah kesakitan ini berpunca dari vaksin yang telah saya ambil serta cadangan penyelesaian untuk masalah ini.

Terima Kasih.

Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami

Umumnya gejala kesan sampingan vaksin termasuk bengkak pada kawasan suntikan atau gejala sistemik seperti demam dan lemah badan. Oleh itu, potensi vaksin berhubungkait dengan gejala bengkak pada ibu jari kiri adalah sangat tidak mungkin.

Sakit dan bengkak pada ibu jari kaki boleh disebabkan pelbagai perkara, antaranya termasuk

  • kesan trauma
  • radang sendi (arthirtis)
  • penyakit gout

atau perkara yang lebih serius seperti

  • osteomyelitis
  • severe cellulitis

Tambahan lagi, sakit dan bengkak ibu jari yang berterusan yang disertai gejala perubahan warna menjadi semakin gelap atau demam perlu mendapatkan rawatan di hospital dengan kadar yang segera.

Pegawai khidmat pelanggan kami juga akan menghubungi anda untuk membantu anda mendapatkan penyelesaian kepada masalah ini

Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor

AdobeStock_213496108

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19

Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini

Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)