Sulit
4 tahun
Berlaku pendarahan ketika waktu subur dan sakit di sekitar pinggang
Hi, saya wanita berumur 21tahun. Saya mempunyai soalan, adakah normal jika setiap bulan ketika waktu subur saya akan mengalami pendarahan dan sakit di sekitar pinggang? Setiap bulan, tempoh haid saya adalah 8-10 hari. Sebagai contoh, jika tempoh haid saya untuk bulan ni 9 hari, jadi pada hari ke-10 tiada keluar darah sehingga hari ke-12. Tetapi bila dekat waktu saya nak subur iaitu pada hari ke-13 hingga ke-16 akan keluar darah balik dan rasa sakit disekitar pinggang.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ketumbuhan di rahim (Fibroid)
- Endometriosis
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.