Sulit
5 tahun
Bernafas tak puas dan tak selesa,sukar untuk menarik nafas panjang/dalam seolah olah kekurangan oksigen
saya lelaki berumur 39thn 2-3 hari kebelakangan ni mengalami kesukaran menarik nafas panjang(deep breath) belakang badan sebelah kiri seolah olah mencucuk,perut seakan kembung tak selesa,sesekali sedikit sakit dada…4-5 bulan lepas pernah berjumpa doktor sbb sakit perut dan punca gastrik
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami kesukaran bernafas, seperti:
- Masalah jantung
- Jangkitan paru-paru
- Paru-paru berair (pleural effusion)
- Kanser paru-paru
- Radang tulang rusuk (costochondritis)
Masih mengalami masalah sakit dada dan sukar bernafas? Pakar paru-paru sedia membantu!
Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mengalami gejala ini:
- Demam
- Lemah dan lesu
- Tidak dapat melakukan aktiviti harian disebabkan kesukaran bernafas
- Gangguan tidur disebabkan tidak cukup nafas
- Batuk berpanjangan
- Sakit dada
- Kahak berwarna hijau atau bercampur darah
- Hilang selera makan
- Penurunan berat badan
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Maklumat lanjut perlu diketahui dan pemeriksaan perlu dilakukan untuk mencari punca gejala yang anda alami. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.




































