Sulit
3 tahun
Berpeluh di celah pelipat payudara
Hai salam sejahtera
Saya berumur 24 tahun dan mempunyai masalah payudara yang besar selepas melahirkan. .dan anak saya masih menyusu badan .bulan lepas saya nengalami peluh yang amat banyak sehingga di celah2 pelipat payu dara d saya berpeluh mengakibat kan satu parut berwarna hitam .dan sangat gatal .bila tidak berpeluh tempat parut tu menjadi berdaki…kadang perit di bahagian tersebut…adakah doctor boleh sarankan ubat atau cream untuk disapu untuk parut tersebut. Buat masa ni hnya kain saja untuk menhalang berpeluh di tempat itu
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, adalah normal untuk wanita yang hamil dan ketika menyusu untuk mendapatkan payu dara yang lebih besar daripada kebiasaan kerana ianya adalah fisiologi wanita.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat serta untuk mendapatkan ubat yang bersesuaian, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.





















