Sulit

2 tahun

Masalah peluh(hyperhidrosis)

saya remaja perempuan berumur 20 tahun yang mempunyai masalah peluh. tapak tangan,tapak kaki dan kepala saya seringkali berpeluh tanpa sebab. kepala saya sering berpeluh terutamanya sewaktu saya memakai tudung walaupun dalam cuaca yang sejuk. apabila saya buka tudung rambut saya akan basah akibat peluh. apa yang perlu saya lakukan dan ada cara ke untuk menghindari atau mengurangkan perkara begitu sering berlaku.

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.

Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda sedang mengalami masalah berpeluh yang berlebihan. saya akan cuba memberikan maklumat dengan baik.

Untuk pengetahuan anda, hiperhidrosis boleh dibahagi kepada “idiopathic hyperhidrosis” dan “secondary hyperhidrosis”.

A) Hiperhidrosis idiopatik/”Idiopathic hyperhidrosis”

“Idiopatik” bermaksud “sebab yang tidak diketahui.” Dalam kebanyakan kes, hiperhidrosis adalah setempat. Orang dengan hiperhidrosis primer biasanya berpeluh dari sejenis kelenjar peluh tertentu yang disebut kelenjar peluh eccrine. Kelenjar peluh eccrine sangat banyak di kaki, telapak tangan, muka dan ketiak.

B) Hiperhidrosis sekunder/Secondary hyperhidrosis

Tidak seperti hyperhidrosis utama, jenis ini lebih cenderung menyebabkan seseorang berpeluh semasa tidur. Dalam kes ini, terdapat sesuatu yang menyebabkan hiperhidrosis, iaitu masalah kesihatan atau ubat. Antara masalah kesihatan yang berpotensi mengakibatkan hiperhidrosis adalah:

  • Kehamilan
  • Kencing manis
  • Hipertiroidisme
  • Menopause
  • Obesiti
  • Penyakit Parkinson
  • Artritis reumatoid/”rheumatoid arthritis”
  • Limfoma/”Lymphoma”
  • Gout
  • Jangkitan seperti tuberkulosis
  • ubat antidepresan/”antidepressants” seperti norpramin
  • ubat tekanan darah
  • ubat untuk mulut kering seperti pilocarpine
  • antibiotik
  • suplemen seperti zink

Tiada ubat untuk hiperhidrosis idiopatik, namun, ada cara untuk membantu atasi gejala peluh berlebihan, antaranya:

  • Memakai pakaian yang longgar dan tidak ketat
  • Memakai bedak selepas mandi
  • Memakai sarung kaki yang diperbuat daripada kain kapas dan perlu ditukar setiap hari
  • Mendedahkan bahagian kaki sekerap yang mungkin untuk pengudaraan
  • Antiperspiran: Deodoran tidak menghentikan peluh, tetapi semburan antiperspiran boleh membantu. Sesetengah antiperspirator preskripsi termasuk aluminium klorida boleh menjejaskan kelenjar peluh.
  • Iontoforesis: Rawatan ini menggunakan impuls elektrik peringkat rendah untuk melumpuhkan kelenjar peluh buat sementara waktu.
  • Ubat antikolinergik: Ubatan ini menjejaskan isyarat saraf untuk kelenjar peluh.
  • Botox: Suntikan Botox adalah cara untuk menghentikan saraf untuk sementara waktu dari terus menghasilkan peluh secara berlebihan. Ia diluluskan untuk rawatan peluh bawah perut yang berlebihan.
  • Pembedahan: pemotongan saraf di dada yang merangsang penghasilan peluh yang berlebihan yang dikenali sebagai “sympathectomy thoracic” dan pembedahan untuk membuang beberapa kelenjar peluh di kawasan yang terlibat.
  • Hiperhidrosis sekunder sering boleh dirawat, walaupun cara yang betul untuk merawatnya bergantung kepada penyebabnya. Contohnya, hiperhidrosis yang disebabkan oleh hipertiroidisme boleh diatasi dengan merawat penyakit tiroid.

Anda disarankan untuk berbincang dengan doktor agar keadaan ini dapat dibendung dengan segera.

Saya harap jawapan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan perbincangan yang lebih lanjut mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

haley-phelps-S-llxYh3GzI-unsplash%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (0)