
Sulit
4 tahun
Bersama suami lepas 4minggu pemasangan iud
hai dokter… saye baru lepas bersalin, kaedah ceaser… saye pakai perancang iud… ssekarang da sebulan berpantang… saye nak tanya,jika saye bersama suami, dan suami lepas dalam, ada risiko tak kalau baru2 pakai iud?? ada tempoh bersama ke lepas pemasangan??

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk menjawab soalan anda, tiada masalah jika anda bersama dengan suami anda walaupun baru memasang IUD. Kami juga ingin mengucapkan tahniah kerana anda baru lepas bersalin
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, kesan sampingan IUD adalah seperti berikut:
- kitaran haid tidak teratur
- haid berlebihan atau berkurangan
- sindrom Premenstrual iaitu sakit pada pyu dara, kulit kusam, sakit kepala
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.