
Sulit
4 tahun
Bersama suami selepas keguguran
Saya baru sahaja membuat ERPOC kerana jantung bayi berhenti berdegup ketika usia 9minggu. Doktor beritahu rahim saya tidak mengalami luka. Selepas discharge, saya tidak mengalami pendarahan yang banyak mungkin kerana vacuum, cuma 2 hari. Darah yang keluar berwarna merah gelap. Kemudian darah tersebut berhenti. Selepas itu saya berpantang urut & tungku. Pada hari ke-5 hingga ke-7 pantang, saya minum ubat periuk mengikut pantang orang dahulu & keluar darah berwarna merah terang berserta segala lendir & tisu dari rahim. Kemudian darah tersebut berhenti. Setelah beberapa hari, saya bersama suami. Selepas beberapa jam, keluar darah sedikit. Apa pandangan doktor? Adakah rahim saya luka?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pendarahan selepas keguguran boleh berlangsung selama 1-2 minggu dan serupa dengan darah period. Anda digalakkan untuk berehat selama sekurang-kurangnya 2 minggu selepas prosedur ini supaya rahim anda dapat sembuh daripada kesan ERPOC.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.