iqafiqa9049
6 tahun
Bersetubuh ketika hampir haid
Sy wanita 29 tahun ingin bertanya,bolehkah saya bersetubuh ketika sy hmpir haid lagi seminggu…sy risau jika kemungkinan nanti saya hamil…maksud saya sudah lekat…terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Jika tempoh hendak haid adalah dalam masa seminggu, anda masih mempunyai peluang untuk mengadung jika melakukan persetubuhan kerana rahim pada ketika itu masih dalam kondisi persediaan persenyawaan antara sperma dan ovum walaupun kadar peluangnya rendah. Bagi mengelakkan kehamilan, kaedah perancangan keluarga seperti pemakaian kondom ataupun pil boleh digunakan.



































