
Sulit
4 tahun
Beta blocker withdrawal
Hi selamat malam. Doc saya dah 2 bulan menghidap palpitations dan saya telah berjumpa dengan pakar jantung. Beliau mengesahkan saya menghidap sinus tachycardia. Kemudian, beliau memberi saya ubat metraprolol Makan 2 kali sehari. Selepas 2 minggu, dr yang sama beritahu yg saya dah boleh mula mengurangkan dos kepada 1 biji atau setengah biji sehari. 2 minggu kemudian, saya cuba untuk mengambil ubat 2 hari sekali dan mendapati terdapat masa masa tertentu sahaja jantung saya akan kembali laju tanpa sebab. Seminggu kemudian, jantung saya kembali laju tetapi kali ini dalam masa yang agak lama sehingga saya ditahan di wad kecemasan hospital selama sehari. Dr di sana memberi saya ubat propranolol pula 1 biji sehari (1/2 biji 2 kali) selama 2 minggu. Start minggu ni, saya cuba untuk makan ubat 1/2 biji sehari. Pada pendapat dr, boleh ke saya stop ambil propranolol atau ia akan memberi kesan kepada jantung saya? Bagaimanakah cara yang selamat untuk propranolol withdrwal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Namun, kami memerlukan maklumat yang lebih lanjut daripada anda sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Bagaimanapun, untuk makluman anda, gejala jantung berdebar dan laju boleh disebabkan oleh:
- Sangat tertekan
- Cemas dan panik
- Hamil
- Mengambil ubat yang merangsang jantung
- Penyakit hipertiroidisme
- Mempunyai masalah jantung yang lain seperti “arrhythmia”, kecacatan jantung, serangan jantung atau pernah melaui pembedahan jantung.
Untuk makluman pihak anda, ubat yang diberikan oleh doktor tersebut adalah untuk pelbagai keadaan. Antaranya adalah seperti:
- Merawat gejala degupan laju
- Mencegah migrain
- Menurunkan tekanan darah tinggi
- Mencegah strok
- Mencegah masalah buah pinggang
Memandangkan anda telahpun dirawat oleh doktor di hospital, pihak kami menyarankan anda untuk terus mematuhi panduan yang telah ditetapkan oleh doktor tersebut kerana beliau lebih mengetahui tentang keadaan anda yang sebenar dan telahpun melakukan pemeriksaan ketas diri anda. Dapatkan kepastian mengenai pengambilan ubat ini daripada beliau, pastikan anda mengambil ubat ini mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut daripada anda adalah diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Jantung berdebar boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi