Sulit
3 tahun
Bibir dalam terasa kesat dan sering haus
Saya seorang wanita berumur 43 tahun. Sudah 4 hari saya mengalami bibir dalam terasa kesat atau kering iaitu bermula dari hari ahad hingga hari ini. Tetapi bermula dari hari ini saya merasa kan sering haus dan tekak terasa kering walau pun telah meminum air dalam jumlah yang banyak…lebih kurang 2 liter. Telah pergi ke klinik pada hari ini dan doktor lakukan ujian pd air kencing dan menurut doktor saya bukan diabetes. Utk oengetahuan…pada hari sabtu dan ahad saya mengalami selsema dan telah makan ubat selsema loratadine. Pada hari isnin pula ada sedikit demam . Apa sebenarnya masalah saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.