
Sulit
4 tahun
Biji berair gatal dan kulit keras di tepi bibir
Hai . Saya dan kawan saya pernah menggunakan vaseline lipbalm dan selepas beberapa bulan , bibir kami naik biji biji berair yang gatal di bahagian atas kiri dan kanan, menggelupas dan kulit keras di hujung bibir . Kemudian kami stop penggunaannya tetapi biji tersebut masih naik terutamanya ketika memakan makanan yang pedas dan ketika period . Selepas itu , kami juga sudah tidak boleh menggunakan sebarang lipbalm atau lipstik lagi , jika tidak bibir akan bermasalah . Kami juga sering berkongsi lipstik . Saya dan kawan saya telah bertemu dengan doktor tetapi doktor hanya mengatakan ianya alergik pada lipstik/lipbalm dan memberikan ubat white soft paraffin . Setelah memakai ubat itu , keadaannya masih sama . Jadi , saya membuat research dan terbaca tentang virus herpes simplex . Adakah penyakit kami ini merupakan virus simplex ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang biji berair gatal.
Untuk makluman anda, saya tidak boleh mengatakan ianya herpes virus atau tidak. Pemeriksaan fizikal dan klinikal diperlukan untuk mengetahui kondisi sebenar.
Gejala virus herpes simplex biasanya muncul sebagai:
- luka yang melepuh (di dalam mulut atau di bahagian kelamin)
- sakit semasa kencing (herpes genital)
- gatal-gatal
Seseorang pesakit juga mungkin akan mengalami gejala-gejala yang serupa seperti selesema. Gejala-gejala ini termasuklah:
- demam
- kelenjar yang bengkak
- sakit kepala
- keletihan
- kekurangan selera makan
HSV juga boleh tersebar ke mata, menyebabkan keadaan seperti keratitis herpes. Hal ini boleh menyebabkan gejala seperti kesakitan mata atau cecair keluar daripada mata.
Diagnosis virus herpes simplex ini memerlukan sejarah perubatan berserta pemeriksaan fizikal pada tubuh badan termasuklah bahagian alat sulit oleh seorang doktor. Doktor akan mencari luka dan bertanya kepada anda tentang beberapa gejala anda.
Namun demikian, jika keadaan anda memerlukan perhatian yang lebih atau keadaan kesihatan anda memudaratkan, doktor akan menjalankan beberapa ujian lain untuk mengesahkan diagnosis. Doktor anda akan menjalankan ujian HSV (herpes culture) dan ia akan mengesahkan diagnosis jika anda mempunyai luka pada alat kelamin. Semasa ujian ini, doktor anda akan mengambil sampel cecair daripada luka dan kemudiannya akan dihantar ke makmal untuk dianalisis.
Saya menasihatkan anda untuk ke klinik sekali lagi bagi membuat pemeriksaan dan mendapatkan rawatan lanjut.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.