
aikhaleira
5 tahun
Biji kelenjar di peha kiri
Salam doc, sy wanita berumur 29thn tlh bkhwin. Nak tnya, penyakit apa yg menyebabkan biji kelenjar timbul di peha kiri sy. Ia amat sakit hingga ke bhgian ari2 sy, serta menyebabkan bdn sy berasa seperti mahu demam. Mohon pencerahan, terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan seperti bagaimanakah anda tahu bahawa benjolan tersebut adalah dari kelenjar? dan sebagainya sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.Untuk makluman pihak anda terdapat beberapa punca yang lain seperti lipoma , gumpalan tisu fibrous , infeksi kulit yang boleh menyumbang kepada benjolan tersebut.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.