
Sulit
5 tahun
Biji kolestrol di bahagian mata
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya wanita berumur 35 tahun. Saya mempunyai masalah biji kolestrol di bahagian mata. Apakah yang boleh saya lakukann untuk menghilangkannya? Adakah dengan menurunkan berat badan boleh membantu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, pertama sekali kami perlu memastikan adakah biji di bahagian mata anda benar-benar adalah biji kolesterol atau tanda kulit yang lain. Untuk makluman anda, biasanya biji kolesterol tidak akan hilang walaupun seseorang telah menerima rawatan menurunkan kolesterol atau menurunkan berat badan. Biji ini hanya boleh dihilangkan dengan bantuan pakar kulit melalui rawatan seperti cryotherapy.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.